Friday, March 25, 2011

Perginya Tak Kembali

Terimbas suara berkata-kata di sekelilingku. Sayup kedengaran suara membaca surah suci dari lembaran al-Quran. Terlintas difikiranku memikirkan apa yang telah berlaku. Aku mula mengeluarkan diri dari mimpi indah dan tidur yang nyenyak. Lantas mencari arah, dari mana suara itu datang. Aku terpinga melihat mereka yang sedang membaca surah itu, kedudukan mereka tak ubah seperti semut yang menghurungi gula.

Terlintas persoalan dimindaku,

"kenapa?".

Ketika aku cuba menghampiri mereka, jelas terlihat oleh mata kasarku, sekujur tubuh yang tak lagi bernyawa. Aku amat mengenali wajah itu, tak dapat aku tahan apa yang aku rasa, namun aku pertahankan, berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Aku cuba kembali ke kamarku, menyambung semula mimpi indah ku. Namun, tingkah ku diperhati oleh mereka. Lantas mereka memanggilku, membatalkan niat asalku, aku pergi mengikut arahan. Dari situ, tak dapat lagi aku pertahankan apa yang aku cuba pertahankan. Bercucuran air mataku menitis ke bumi. Tak akan ada lagi waktu untuk bersama dengannya.

Terdetik dihatiku,

"mengapa dia? mengapa bukan aku?"

Aku cuba mengembalikan semangat ku. Cuba menganggap seperti tiada apa yang terjadi. Aku tak mahu kesedihan aku menyedihkan lagi hati mereka. Aku cuba menutup perasaan itu dengan bermain dengan kanak-kanak yang sebaya denganku. Tetapi, jauh disudut hati.. tertanam satu kesedihan yang tak mampu aku tanggung. Dari dekat aku lihat mereka mengkafankan nya. Ketika itulah aku menatap sepuasnya wajah itu, wajah yang tak akan boleh kulihat lagi. Hingga kini, wajahnya masih terpahat kaku dimindaku.

Thursday, January 27, 2011

"Sepi"

Dingin.. sunyi.. mula menghampiri diri. Seakan mencari-cari diriku ini. Dalam kedinginan malam yang menyusuk tulang, pekatnya malam yang hampir membutakan mataku tanpa sedikit pun sinar cahaya, aku ditinggalkan keseorangan, bersendirian tidak berteman, sedikit perasaan cemburu mula terasa tatkala mengenangkan mereka yang punyai berteman. Fikiranku mula menerawang, melayang jauh entah dimana, sehingga terpacul persoalan dari minda ku.

Apa yang aku ada??

Aku cuba merapati mereka. Namun, kehadiran ku ibarat tunggul kayu yang mati yang mereput. Tak siapa pun ingin menyentuh. Walaupun aku diperlakukan sebegitu rupa, aku tetap terus mencuba. Aku terus melangkah merapati mereka walaupun aku tahu ianya sia-sia sahaja. Akhirnya aku mengalah. Aku mengambil keputusan untuk bersendirian. Tidak serabutkan akal fikiran.

Calitan hitam arang dalam hidupku menghantui diriku, jiwaku mahupun mindaku. Puas sudah aku cuba melupakan perkara itu, namun tetap bermain depan mataku.

Arghh.. mengapakah ini terjadi kepadaku??

Aku kini menjadi buntu. Lembaran demi lembaran aku aku selak, setiap perkataan aku baca namun satu pun tak terpahat kekal dalam ingatan. Peperiksaan semakin hampir. Mampukah aku harunginya.

Dikala aku mulai bosan dengan hidup ku, aku dipertemukan dengan seseorang. Kehadiran nya ibarat penawar kepada duka ku. Hampir setiap masalah, aku adukan pada nya, lantas dia memberi pandangan nya, kata-kata nya yang bermakna memberi semangat kepadaku. Dia sentiasa membantu aku menyelesaikan masalah ku.

Kebaikan diri nya membuat aku sedikit terpesona, tak pernah aku perolehi perhatian sebegini rupa. Hati aku telah tertawan dengan keperibadian nya, namun dia seperti mampu membaca isi hati ku, dengan segera dia menerangkan semua nya, walaupun ia tidak seperti yang diharapkan, aku masih gembira kerana dia tetap ada tatkala aku perlukan dia.

Friday, September 17, 2010

Patut la...

Orang tua-tua ada cakap.. 'kata-kata adalah satu doa'.. pada mulanya aku tidak percaya..tapi lama kelamaan.. aku rasa macam betul jer.. nak dijadikan cerita.. satu hari ni aku boleh ter~~~ pada seseorg.. jadi aku dapat lah habuan aku.. aku pun ape lagi happy + frust la.. tok wan aku ade cakap kat aku dulu.. "dari kamu dok bersembang benda tak berfaedah tue.. baik kamu mengaji, tak pun berzikir".. aku wat tak jer.. tapi bile aku fikir balik.. ade baik nye aku ikut cakap tok wan aku.. mane tak nye.. bila kita mengaji atau berzikir.. kita takda wat sakit hati sesiapa pun.. pahala pun dapat.. pe yang penting.. doa kita akan dimakbulkan, insya'allah.. bukankah kata-kata itu satu doa.. baik yang kita mintak.. baik la yg kita dapat.. klu buruk.. faham-faham je la.. berhati lah dgn kata-kata.. memang benar apa yang dikata.. ' kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.. benda nie aku dah rasa.. aku merana kerana salah faham.. padan muka aku.. patutla...

Saturday, May 29, 2010

Bawalah aku pulang

Puas sudah aku cuba bukakan mata,
namun pandangannya tetap sama,
gelap gelita jauh dari sebarang sinar cahaya.

Arghhh,
terasa lemasnya diriku,
sukar untuk ku bernafas ketika itu.

Sesekali,
terlintas satu cahaya putih di depan mata,
aku cuba untuk mengejar, tapi... sia-sia sahaja.
Ia hilang dalam sekelip mata.
Pandangan ku kembali gelap tanpa cahaya.

Setelah kian lama
aku mencari dan menunggu sinar cahaya,
hingga kini masih belum ku temuinya.

Setahun sudah aku menanti,
amat perit rasa dihati.
Ia pergi sebelum sempat aku dekati.
Hatiku meraung pedih,
menahan segala kesakitan hati.

Aku yang selama ini tenggelam dalam kegelapan,
semakin hilang dari pandangan.

Airmataku mula menitis kepipi,
menyesali perbuatan diri,
tiada siapa yang ingin dekati diriku lagi,
membawa cahaya betuli diri.

Ketika ini,
aku berada dalam ketakutan,
ketakutan pada kegelapan,
kegelapan yang aku sendiri ciptakan.
Berilah aku sedikit harapan,
agar dapat ku lupakan segala ketakutan.

Kini, aku tidak lagi mampu berdiri,
apatah lagi untuk aku berlari.
Setelah sekian lama aku dihindari,
mengapa sehingga kini aku dikeji dan dimaki.

Aku tahu semua itu salahku,
aku akui itu salah ku,
cukuplah setakat ini hukuman yang kau berikan pada ku,
aku mohon jasa baikmu,
lepaskanlah diri ku,
bantulah aku perbetulkan diriku,
bawalah aku pulang ke tempat asal ku.

Wednesday, April 14, 2010

Mengapa ketika itu??

mengapa
kau datang ketika aku kesepian
ketika aku memerlukan kegembiraan
dalam sendu aku mencari sinar kebahagian
untuk mengukir kembali senyuman

tapi mengapa kau pergi
sebelum sempat kesepian itu pergi
sebelum kegembiraan itu aku kecapi
sebelum kebahagian itu aku temui
sebelum sempat senyuman itu terukir kembali

namun aku mengerti
kau tidak akan kembali
kerana kau tidak mahu melihat diri ini
menerima seadanya diriku ini

Tuesday, March 23, 2010

Pelaku Dosa - terampunkah dosaku

Zack, itulah nama yg member panggil aku. Tapi, nama aku yg sebenarnya ialah Zakaria bin Osman. Cerita nie adalah cerita aku, xde kena mengena dgn org yg tulis cerita nie. Kdg2, die lebih kurang je ngan aku. Kita lupakn hal die, kite teruskan ngan cite aku.

Ceritanya begini, kira2 20 thn yg lalu. Lahirlah seorg bayi lelaki yg bleh thn kehenseman die (aku la tu). Die dijaga dan dididik dgn sempurna, bleh dikatakan die dtatang bagai mnyk yg penuh, die dianggap sebgai org harapan bg keluarga nye. Namun, sesuatu yg x diduga telah berlaku. Die mula terjerumus ke kancah maksiat, dirinya mulai penuh dgn noda. Hari berganti hari, die semakin hanyut dlm arus dosa. Die mula membelakangi tuhan nye.

Kdg2 terdetik dihatinya, mengapa dengan aku? apa yg telah trjadi? apa yg telah aku lakukn? Setelh puas mencari jawapn kpd semua persoalan. Barulah die sedar, dirinya mmg x boleh fikir ape2. Otak die da beku, da xbleh nk fikir apa2. maklumlah.. ati da hitam. Gelap pandangan. Namun, atas usahanya mencari jawapan kepada persoalan. Die tlh mengalami sesuatu yg agak menginsafkn. (kn dlm kitab ada sebut, hidayah akn diberi kepada mereka yg mencari) Hnyut dibuai ombak, terkapar keseorangn ditgh lautan. Ketika itu, setiap perbuatn nye terbayang didpn matanye, bermain-main dimindanya. Waktu itu, air mata mengalir ke pipi, hatinye merintih pedih, suaranya meraung memanggil ibunya, Kata2 "ibu.. maafkn aku... aku kesali kesalahan aku... jgn tinggal daku ibu" tidak lekang dari bibirnya.

Dlm kepedihan, die terdengar suatu suara yg amat die kenali. Suara itu memanggil-manggil namanya, die cube mencari arah suara itu, die menguatkan semgt nye. berenang mencari arah tuju. Tiba-tiba, ombak yg ganas menggunug menghempas dirinye. Masa itu, hnya kematian yg difikirkan nya, "ampunkan aku Ya Allah". Die cube utk mengucapkn dua kalimah syahadah, namun lidahnya kelu, tidak mmpu berkata apa2. Die mulai panik. Suara yg dari tadi memanggil namanya semakin kuat. Dia cuba kuatn renangan nye walaupun pd hakiktnya die lemah. Sekali lg ombak menghempas dirinya, cuma kali in lebih kuat.

Ibarat dijerkah dari belakang, serta merta die tersedar. Die melihat wajah yg sedang resah memanggil namanya. Wajah itu amat dikenalinya, berlenang air mata di wajah tersebut. Wajah kegembiraan terserlah dikala melihat die tersedar. Lantas die dipeluk oleh insan itu. Dalam kecelaruan, die melihat org disekelilingnya ketawa seperti sedang melihat final raja lawak. Lantas slh seorg drpd mereka berkata, " dua kali simbah air bru nk sedar". (la... mimpi rupenya)

Monday, March 22, 2010

bahagia

aku bahagia melihat kamu bahagia,
aku akan derita bila aku melihatmu menderita,
untuk apa kita hidup bersama jika kamu tidak bahagia,
aku tidak mahu melihatmu menderita,
pergilah bersama si dia jika itu membuatkan mu bahagia,
aku tidak mahu kamu menderita bersama insan yang kamu tidak cinta,
kerana aku... mahu kamu bahagia,
bukannya menderita,
aku hanya bahagia bila kamu bahagia,
untuk selamanya....