Friday, March 25, 2011

Perginya Tak Kembali

Terimbas suara berkata-kata di sekelilingku. Sayup kedengaran suara membaca surah suci dari lembaran al-Quran. Terlintas difikiranku memikirkan apa yang telah berlaku. Aku mula mengeluarkan diri dari mimpi indah dan tidur yang nyenyak. Lantas mencari arah, dari mana suara itu datang. Aku terpinga melihat mereka yang sedang membaca surah itu, kedudukan mereka tak ubah seperti semut yang menghurungi gula.

Terlintas persoalan dimindaku,

"kenapa?".

Ketika aku cuba menghampiri mereka, jelas terlihat oleh mata kasarku, sekujur tubuh yang tak lagi bernyawa. Aku amat mengenali wajah itu, tak dapat aku tahan apa yang aku rasa, namun aku pertahankan, berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Aku cuba kembali ke kamarku, menyambung semula mimpi indah ku. Namun, tingkah ku diperhati oleh mereka. Lantas mereka memanggilku, membatalkan niat asalku, aku pergi mengikut arahan. Dari situ, tak dapat lagi aku pertahankan apa yang aku cuba pertahankan. Bercucuran air mataku menitis ke bumi. Tak akan ada lagi waktu untuk bersama dengannya.

Terdetik dihatiku,

"mengapa dia? mengapa bukan aku?"

Aku cuba mengembalikan semangat ku. Cuba menganggap seperti tiada apa yang terjadi. Aku tak mahu kesedihan aku menyedihkan lagi hati mereka. Aku cuba menutup perasaan itu dengan bermain dengan kanak-kanak yang sebaya denganku. Tetapi, jauh disudut hati.. tertanam satu kesedihan yang tak mampu aku tanggung. Dari dekat aku lihat mereka mengkafankan nya. Ketika itulah aku menatap sepuasnya wajah itu, wajah yang tak akan boleh kulihat lagi. Hingga kini, wajahnya masih terpahat kaku dimindaku.

No comments: