Thursday, January 27, 2011

"Sepi"

Dingin.. sunyi.. mula menghampiri diri. Seakan mencari-cari diriku ini. Dalam kedinginan malam yang menyusuk tulang, pekatnya malam yang hampir membutakan mataku tanpa sedikit pun sinar cahaya, aku ditinggalkan keseorangan, bersendirian tidak berteman, sedikit perasaan cemburu mula terasa tatkala mengenangkan mereka yang punyai berteman. Fikiranku mula menerawang, melayang jauh entah dimana, sehingga terpacul persoalan dari minda ku.

Apa yang aku ada??

Aku cuba merapati mereka. Namun, kehadiran ku ibarat tunggul kayu yang mati yang mereput. Tak siapa pun ingin menyentuh. Walaupun aku diperlakukan sebegitu rupa, aku tetap terus mencuba. Aku terus melangkah merapati mereka walaupun aku tahu ianya sia-sia sahaja. Akhirnya aku mengalah. Aku mengambil keputusan untuk bersendirian. Tidak serabutkan akal fikiran.

Calitan hitam arang dalam hidupku menghantui diriku, jiwaku mahupun mindaku. Puas sudah aku cuba melupakan perkara itu, namun tetap bermain depan mataku.

Arghh.. mengapakah ini terjadi kepadaku??

Aku kini menjadi buntu. Lembaran demi lembaran aku aku selak, setiap perkataan aku baca namun satu pun tak terpahat kekal dalam ingatan. Peperiksaan semakin hampir. Mampukah aku harunginya.

Dikala aku mulai bosan dengan hidup ku, aku dipertemukan dengan seseorang. Kehadiran nya ibarat penawar kepada duka ku. Hampir setiap masalah, aku adukan pada nya, lantas dia memberi pandangan nya, kata-kata nya yang bermakna memberi semangat kepadaku. Dia sentiasa membantu aku menyelesaikan masalah ku.

Kebaikan diri nya membuat aku sedikit terpesona, tak pernah aku perolehi perhatian sebegini rupa. Hati aku telah tertawan dengan keperibadian nya, namun dia seperti mampu membaca isi hati ku, dengan segera dia menerangkan semua nya, walaupun ia tidak seperti yang diharapkan, aku masih gembira kerana dia tetap ada tatkala aku perlukan dia.

No comments: