Saturday, May 29, 2010

Bawalah aku pulang

Puas sudah aku cuba bukakan mata,
namun pandangannya tetap sama,
gelap gelita jauh dari sebarang sinar cahaya.

Arghhh,
terasa lemasnya diriku,
sukar untuk ku bernafas ketika itu.

Sesekali,
terlintas satu cahaya putih di depan mata,
aku cuba untuk mengejar, tapi... sia-sia sahaja.
Ia hilang dalam sekelip mata.
Pandangan ku kembali gelap tanpa cahaya.

Setelah kian lama
aku mencari dan menunggu sinar cahaya,
hingga kini masih belum ku temuinya.

Setahun sudah aku menanti,
amat perit rasa dihati.
Ia pergi sebelum sempat aku dekati.
Hatiku meraung pedih,
menahan segala kesakitan hati.

Aku yang selama ini tenggelam dalam kegelapan,
semakin hilang dari pandangan.

Airmataku mula menitis kepipi,
menyesali perbuatan diri,
tiada siapa yang ingin dekati diriku lagi,
membawa cahaya betuli diri.

Ketika ini,
aku berada dalam ketakutan,
ketakutan pada kegelapan,
kegelapan yang aku sendiri ciptakan.
Berilah aku sedikit harapan,
agar dapat ku lupakan segala ketakutan.

Kini, aku tidak lagi mampu berdiri,
apatah lagi untuk aku berlari.
Setelah sekian lama aku dihindari,
mengapa sehingga kini aku dikeji dan dimaki.

Aku tahu semua itu salahku,
aku akui itu salah ku,
cukuplah setakat ini hukuman yang kau berikan pada ku,
aku mohon jasa baikmu,
lepaskanlah diri ku,
bantulah aku perbetulkan diriku,
bawalah aku pulang ke tempat asal ku.

No comments: